Hidup seorang kidal


Assalamualaikum semua^^ sihat tak korang hari ni? hehe. Tangan aku tiba2 je rasa gatal nak taip entry. HAHA. Sapa kat sini kidal sila angkat tangann. Okay aku tak nampak pun. Tapi yg penting kita gengg!! Left-handed ni rare species tau. Susah gila nak jumpa..sebab aku eksaited gila kalau tau kawan aku kidal gak. Mungkin korang yg guna tangan kanan ni tatau susah senang org kidal kan? mehh aku bagitauu.

Fakta seorang kidal :

  • Menurut Scientific American, 15% penduduk dunia merupakan seorang kidal. Lelaki 2 kali ganda berbanding perempuan. No wonderlah jarang jumpa perempuan kidal. Seriously, dalam ramai2 kawan aku takde seorang pun perempuan kidal wehh..kalau ada pun chinese je. Sedihh :(
  • Orang kidal ni lebih genius. eheemm. Aminnn..bukan aku yg cakap okay. ni fakta! haha
  • Kalau mak bapak kidal, 50% kemungkinan anak mereka juga kidal. Kalau mak bapak right-handed, 2% je anak mereka mungkin kidal. Aku lah makhluk bertuah tuu..mama abah dua2 guna tangan kanan..entah macam mana aku boleh kidal tatau la. Aku ngan adik yg last je kidal dalam family kitorg.
  • Kajian menunjukkan, golongan kidal ni dapat handle large amounts of stimuli lebih baik berbanding mereka yg right-handed. Sebab tu mereka lebih terer main video games. Ohh yeke? aku jarang main game..so aku tatau. hehe.
  • Selalu orang kata, golongan kidal ni kreatif. Tapi ada betul jugak. Bukan aku nak kata aku ni kreatif tapi aku suka seni, benda2 yg cantik. whoooaa.
  • Ada orang pernah kata..orang kidal ni pandai urut. ececece..tapi siyess kakak aku kata aku urut sedap. HAHA.
  • Golongan kidal dikatakan amat rapat dan sangat pentingkan family. Yesss! sokong sangat!!


Kelebihan kidal berdasarkan pengalaman aku.

  • Insan terpilih..sebab antara rare species kat dunia. HAHA. sila bangga sapa kidal.
  • Senang tulis jawi berbanding tulis rumi. eccece..patut tulisan jawi aku lawa! *okay perasan.
  • individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Fuyoohhh.
  • Boleh makan sesuka hati kalau tengah study. Ehehe, aku selalu buat ni..tangan kiri tulis, tangan kanan suap jajan kat mulut. Oyehh. patut notes aku kotor. HAHA

tapi banyak jugak kekurangan org kidal ni.

  • Susah nak pegang gunting. Mesti korg yg right- handed ni tak penah tau pun kan? Tapi FYI, aku pegang gunting guna tgn kanan okayy. HAHA. puas aku biasakan time kecik2 dulu.
  • Susah nak pegang mouse lappy. Mouse pun aku pegang guna tgn kanan okay. Hebat kan? haha.
  • Susah nak iron baju. Sebab dah bertahun2 aku practice akhirnya aku berjaya guna tgn kanan nak iron baju. hehe.
  • Susah nak tulis kat meja kuliah. Ni aku palingg gerammm. Asal meja kuliah belah kanan je. Puihh, susah gila aku nak tuliss. Patut la aku selalu tertido kat kuliah. HAHA
  • Korg pakai jam tgn ape? golongan kidal aku rasa pakai jam tgn kanan. tapi aku sebaliknya. aku pakai tgn kiri so kalau nak tulis aku terpaksa bukak jam. Sian aku. 
  • Susah main badminton. Wohoo~ tapi lin dan kidal kot. pemain no. 1 dunia tu. *tiba2 rasa emosi pulak teringat LCW kalah semalam. takpe LCW, malaysia still love youuu.
  • Tangan kotor lepas tulis. Peh benda ni mmg drp aku kecik lagi. Penat nak hilangkan dakwat pen kat jari kelengking tu. Aigooo. Sebab tu aku lagi suka tulis jawi. Tangan bersih je. HEEE
  • Susah nak pegang sudu. Korg mesti tatau kan? Selama ni aku cover macho je depan korg pegang sudu tgn kanan. HAHA. makan pun slow je cam org makan berdamai. Padahal..aku pegang dah gigil2 dah ni. Fuhh..karang aku pakai tgn kiri org pandang slack pulok. 
  • tak ikut sunnah nabi. Yelahhh.buat pape sume guna tgn kiri. Sunnah nabi kan tgn kanan. Kadang2 aku try jugak guna tgn kanan. Tapi dah sejak azali kidal. Sebab tu kadang2 aku terbagi barang/ bayar duit ke guna tgn kiri. Minta maaf ye. hehe
  • Susah nak masak. Aku baru discover ni setelah lama org2 cakap baru aku sedar. Dah lama mama cakap aku pegang sudip macam kekok je. Aku nak siang ikan pun agak payah. Nasib la labuuu. Aku berusaha nak jadi calon isteri mithali ni. Oyehhh!

Lu org nampak tak kesusahan kitorg tu? sedih kann? Walaupun begitu, aku sangat bangga kerana dilahirkan sebagai seorang kidal.  I MAY BE LEFT HANDED bUt I'M ALWAYS RIGHT! HEHE ^_^

Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

Rupa VS Personaliti

COMMON SENSE