Mid Sem Breakkk

Assalamualaikum semua :)


                Macam buang tebiat pulak tetiba rasa nak update blog arini. HAHA. Utk pengetahuan semua, aku tgh cuti midsem ni. Hee tu yg bahagia semacam tu. Ohh nampak tak blog ni dah lain sikit? Ni sume gara-gara gambar yg hilang kat blog ni laa. Rasa macam ada org sabotaj aku je. Beriyaa aku buat header baru ni tau sebab sedap sikit mata memandang. Kalau tak, rasa kelam je blog ni. Dah la lama bersarang. Kahkah. Takpe harini aku bersemangat nak update blog! walaupun assignments bertimbun tak buat lagi tuuu. Huhu

            Sejak dah masuk 3rd year ni kannnn....aku rasa macam dah tua laa. Dah dewasa. Chewahh. Tapi 3rd year ni jugaklah yg banyak buat otak aku berserabut dgn benda2 yg mengarut. HAIHHHH. Apa yg boleh aku cakap, aku rasa hidup aku dah berubah. Persekitaran dah lain, kolej dah lain, roommate pun lain. Cara belajar pun dah lain. Banyaklah benda dah berubah. Ada benda yg aku suka dan ada jugak benda yg aku taksuka. Tapi nak buat camne, nak ke tak nak ke, suka ke tak ke, aku kena try adapt jugak benda baru ni. hmmm. 

             Sekarang ni...aku rasa dah tak best macam dulu..terutamanya bila hak bersuara aku telah dirampas, rahsia aku terbongkar. Rasa dah tak bebas nak menyuarakan pendapat. Hmmm..sebab apa? Takut org judge? Takut org bash? YESSS! 

"The unhappiest people in this world are the people who care about what everyone else thinks about them."

Patutlah aku selalu tak happy. Asik pikir pasal org je. Hmmm..bukan apa, aku takut bila aku bersuara kang ramai pulak yg sentap. Mungkin dgn cara penulisan lebih baik. haha. Yasmin pernah kata "ngah, mulut kau ni mmg xreti jaga laa. Mesti ramai org sakit hati dgn kau". Aku tau mulut aku memang lancang. Tapi tuu kat rumah je. Aku sebenarnya jenis suka berterus terang. Tapi aku tau ramai org akan sakit hati kalau aku jujur. Suka sgt jaga hati org, tapi hati aku takde org pun reti nak jaga. Aku tau aku lemah, sampai ramai org suka main2kan aku, buli aku dan pijak2 aku. sighhh =,=. Aku selalu tertanya-tanya, kenapa kalau org gemuk org tak berani nak kutuk? tapi kalau org kurus berani pulak kau kutuk? FYI, aku pun ada hati dan perasaan jugak macam korg. Apa perasaan korg bila org panggil korg papan, tulang, lidi, pembaris, ikan kering laa? ohh memang korg takde perasaan sbb korg tak kurus kering macam aku. And it hurts!! :'( Aku tak minta pun dilahirkan kurus sgt mcm ni. Nak buat macamana dah genetic mcm tu. Org gemuk pun tak minta dilahirkan gemuk. Mohon mengerti. Terima kasih.


Jadah pulak aku fefeling petang2 ni. OH come on nadia. Don't be sad. Somebody loves you! LOL
Sudahlaaa kisah sedih tu, malas nak tacing2 ni. Oh lagi satu...aku rasa privacy hidup aku telah diceroboh. Sighhh lagi =,= mungkin tak lama lagi. Blog ni pun bakal ada org yg tau. HEWHEW. Lastly, minta maaf segala salah silap, terkasar bahasa. Salam maal hijrah! :) Sama-samalah kita berhijrah menjadi org yg lebih baik lagi. Inshaallah. bye2 ~


#SALAM MAAL HIJRAH 1435H


Comments

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

Rupa VS Personaliti

COMMON SENSE