Posts

Showing posts from 2014

Rapuhnya Seorang Aku

Assalamualaikum :)                    Hari ni rasa macam nak buat luahan. HAHA. Entah, tetiba rasa diri ini sangat rapuh hari ni. Pagi tadi handphone aku masuk air sebab basuh baju ganas sangat. Pastu mengada bawak fon sekali. Haaa padan muka! Nak dijadikan citer, bila siap basuh baju tu baru aku perasan. Camera fon aku berwap..sebab masuk air. Pastu button on/off tu pun takleh tekan. Dan disebabkan benda ni je, seharian aku tak keruan pastu sedih sendiri. Buat keje semua tak jalan. LOL. Benda kecik je padahal. Ramai lah member2 aku bagi semangat. Pastu tadi, dah okay. Button fon tu dah okay, camera pun dah okay . Alhamdulillah. K tapi lawak. KENAPA AKU MACAM NI?!                Aku pun taktau kenapa aku macam ni. Benda2 remeh camni selalu ganggu fikiran aku. WHY? Sebab tu mama risau sangat bila aku first time kuar dari rumah dulu. Bila aku masuk matrik. Mama risau aku tak boleh survive. Sebab aku macamni. Hmmm. Tapi alhamdulillah aku dah 4th year kat UM ni. Survive l

Rupa VS Personaliti

Image
Assalamualaikum kawan2 :)              HAHA. Bertemu lagi kita, kalau korang perasan skrg makin rajin pulak aku meng update blog kan? hahaha. Semuanya sebab sem ni aku tak busy macam sem-sem lepas! yihaaaa. Akibat relax sangat, aku pun makin malas belajar dan result pun kelaut aritu. Padann mukaaa! Takpelah lepas ni aku belajar betul2. Okay malam ni nak citer sikit pasal rupa vs personaliti.               So persoalannya, apa yg membuatkan korang suka pada seseorang? Rupa atau personaliti? Aku yakin, bila first time kita suka kat seseorang, mesti kita tengok rupa dia. Haaaa tipulah kalau kata suka bukan sebab rupa. HAHAHA. Bak kata kawan aku, lumrah manusia sukakan benda-benda yg cantik-cantik. Muka yg hensem. Tapi selalunya suka sebab rupa ni boleh dikategorikan sebagai love at the first sight. Aku mengaku laa, aku sebagai perempuan pun suka tengok lelaki yg hensem. Tapi sekadar suka tengok jelah, tak pernah terfikir pun sampai nak jadikan dia crush ke, nak bercinta k

Perkenalan dan Perpisahan

Image
Assalamualaikum dan selamat malam :)              Topik malam ni adalah perkenalan dan perpisahan. Sepanjang hidup korang, mesti korang pernah rasa dua-dua ni kan? Dalam kita sedar atau tidak, ramai orang yg datang dan pergi dari hidup kita. Dalam kita kenal-kenal dgn orang ni, ada yg masih keep in touch ada jugak yg dah jadi strangers . Ada yg dulunya rapat gila-gila tapi sekarang jadi strangers . Ada yg kita baru kenal sehari dua tapi dah rapat sangat, macam dah kenal 10 tahun. Kenapa macam tu?             Jawapannya semua ni takdir Allah , semua ni ketentuan Allah. Bak kata kawan yuni, setiap takdir Allah tu ada fungsi tertentu . Allah hantarkan macam-macam jenis orang dalam hidup kita bertujuan untuk mengajar kita. Semua ni rahsia Allah. Begitu hebatnya Allah merancang. Kadang-kadang kita tak expect pun kita boleh berkenalan dgn seseorang tu. Tapi dah takdir Allah kita pun kenal laa dgn orang ni. Sebenarnya bila kita berkenalan dgn orang, kita jadi kawan. Macam-macam

COMMON SENSE

Image
Assalamualaikum :) Malam ni free sikit sebab baru habes test tengahari tadi. Tu yang tidur tak ingat dunia lepas isyak tadi pastu sekarang takleh tido. Padan muka! Hahaha. Jadi, tetiba rasa rajin pulak nak melawat blog yg semakin hambar ni. Entri kali ni hanyalah sekadar perkongsian pendapat, pendapat seseorang yang suka memerhati. Seronok kalau kau dapat bukak mata kau luas-luas, banyak benda yang orang tak sedar, tapi kau boleh nampak. Cuba ah buat. Diam. Tengok orang.Tengok je. Pastu pikir la sendiri. HAHA. Aku rasa gambar kat atas ni sangat-sangat menggambarkan dunia zaman sekarang ni. Yes! Tapi dalam banyak-banyak contoh tu aku terpanggil nak discuss pasal common sense . Sebab aku rasa ramai manusia makin kurang common sense.   MORE EDUCATION BUT LESS COMMON SENSE Aku setuju dengan kenyataan ni. Tulah terutamanya mahasiswa- mahasiswa universiti ni haa, makin tinggi belajar, macam makin kurang pulak common sense dia. hahaha. Common sense tu apa sebenarn

FINAL YEAR

Image
Assalamualaikum semuaa :)                     Ehem, macam tajuk entri yang korang baca tu. Hehe. Sekarang aku dah masuk tahun akhir. InshaAllah kalau takde repeat pape tahun depan grad! Aamin. Hmm bila dah masuk 4th year ni, rasa macam dah nak berpisah dengan semorang. Aku sedih sebenarnya bila pikir. Hmm. Nanti mesti jadi macam kat matrik dulu, bila dah berpisah tu, semua tak jumpa balik dah sebab duduk negeri lain-lain. Sampai sekarang aku takleh move on mengenangkan perpisahan paling tragis dengan classmate dulu. Malam tu kitorang buat BBQ dengan majlis perpisahan. Macam-macam game kitorg main. Truth or Dare . HAHA.  Part paling last sekali, kitorang nyanyi reramai lagu Brothers - Doa Perpisahan  Pertemuan kita di suatu hari, Menitiskan ukhwah yang sejati, Bersyukurku ke hadrat Ilahi di atas jalinan yang suci...                     Aku baru nyanyi bape ayat ni, terus terdiam bisu. Pastu tanpa sedar, air mata dah meleleh-leleh dah. Rasa macam nak banjir dah time

TIPS RESULT CEMERLANG

Assalamualaikum... Salam ramadhan, hari ni aku nak share sikit tips yg aku petik daripada laman luahan UM bagaimana untuk mendapatkan result yg cemerlang. Sekadar perkongsian akan kuselitkan juga pengalaman aku sendiri. Bukan nak membangga diri tapi sekadar berkongsi ilmu. 1. Jangan menganjing lecturer/cikgu lebih-lebih nanti ilmu tak berkat. Yang ni aku sokong sangat2! Berdasarkan experience aku sebelum-sebelum ni..kalau aku benci atau kutuk mana2 lecturer, mesti result aku untuk subjek tu tak berapa bagus sangat. Sejak tu aku dah mula remind diri sendiri untuk belajar menyukai semua lecturer yg ajar aku. Kalau aku tak berapa berkenan pun..aku diam jelah. Kalau tak berkenan dgn cara dia mengajar pun..aku malas nak kutuk, mengata. Biarkan je. Kadang2 aku perati kawan2 aku, kalau benci lecturer, memang kutuk2 habis-habisan. Macam2 kata-kata kesat keluar. Kesian lecturer tu, penat dia mengajar..awak kata bukan2 kat dia. Cuba awak berada kat tempat dia..pandai ke nak bagi semorang p

CRUSH

Image
Assalamualaikum...             Salam ramadhan uollss. hehe. Hari ni aku tak keje sebab nuzul al-quran. So dapatlah rehatkan diri sehari. Nak citer ni, semalam result final exam aku aritu dah keluar. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Keajaiban telah berlaku. HAHA. Speechless jugaklah aku tengok result sendiri. Sebab result aku berubah daripada yg keluar dekat board department kitorg. Nak jadikan citer, haritu ada satu subjek ni aku dapat A- entah macamana bila result official keluar, tiba-tiba subjek tu aku dapat A. Terkejut sangat2!! Sebab pointer aku pun naik laa. hahahhahaha. yg paling aku excited sangat ni..pointer aku sama dgn crush! Crush yg dah berkurun lama sejak first year. Susah betul aku nak move on. Haih. Tapi adakah ini petanda bahawa kami berjodoh? Adakah ini cuma kebetulan atau satu suratan? (Haktuih)            Nampak tak betapa stalkernya aku. Pointer crush aku pun aku tau. Takdelah. Bukannya stalker sangat pun..dah dia yg war-warkan pasal pointer dia kat socia

Ramadhan Datang Lagi !

Image
Assalamualaikum semua,  Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-7 kita berpuasa. Syukur. Semoga kita semua mampu menahan diri daripada lapar, dahaga serta perkara-perkara yg membatalkan puasa. Dalam masa yg sama, jangan lupa kawal nafsu ye kawan2. Kalau beli makanan untuk berbuka tu berpada-pada. Jangan membazir. Jangan lupa jugak solat terawih. :) Nak kongsi sikit ni, disebabkan hari ni off day..takde lab posting, so aku pun berehat jelah kat bilik. Pastu gatal2 tangan bukak youtube, entah camana terjumpa satu video ni.  Hafiz Indonesia 2014 | Musa 5,5 Tahun Hafal 29 Juz | Membuat Semua Juri Menangis dan cium tangan Mohon kawan2 tengok ye. Rasa sebak sangat aku tengok video ni. Tatau kenapa. Pertama, aku kagum sangat dengan budak 5 tahun ni. Hebat sangat dia mampu hafal 29 juzuk al-quran, aku waktu kecik macam dia..masih lagi main2. Waktu tu sembahyang pun ikut2 orang tapi tak reti baca pun. Kedua, aku sedih dengan diri sendiri. Malu sangat rasa. Kita yg dah besar n

Buddies Takkan Terpisah

Assalamualaikum,  Lama rasanya tak update blog. Biasalah alasannya busy busy busy. Tapi kali ni aku serius. Tahun 3 Semester 2 ni sangat penat! Boleh kata setiap minggu mesti ada presentation, assignment, test. Semester 6 ni la paling mencabar. Fuhhh, letih weh..hari ni baru aku rasa boleh bernafas dengan normal. HAHA. Sebab dah habis exam! yahooooooooooo. Dalam masa yang sama, aku rasa sedih jugaklah sebab lepas ni aku dah tak duduk dengan member2 baik aku, buddies takkan terpisah. Tapi kitorang terpisah gak. Sobssss. Ceritanya cenggini, sebenarnya daripada sem lepas dah plan sesama nak duduk luar. Pastu entah macamana baru aku sedar, aku lupa nak bagitau mama pasal benda ni. So bila masanya tiba. Aku cakap kat mama boleh tak kita nak duduk rumah sewa blablabla. Mula-mula mak aku kasi walaupun sewanya mahal sikit tapi dia ingatkan aku nk duduk rumah sewa tu untuk praktikal je. Bila aku cakap aku nak duduk sampai final year, laju mama bantah! huwaaaaa Sebak, serius sebak.

WARKAH UNTUKMU SAHABAT!

Image
Dear sahabat,                   Assalamualaikum...aku harap kau sihat2 belaka. Ohh bukan harap..tapi aku nampak kau makin sihat sekarang. Makin bahagia. Makin bertenaga dan tak sedih lagi macam dulu. Alhamdulillah. Aku happy tengok kau happy . Serius. Kalau kau nak tahu, sejak kau muncul dalam hidup aku lebih kurang setahun lalu. Aku rasa happy . Sebab kita sekepala. Lagi satu sebab benda yg kau pikir selalunya sama dgn aku. Apa yg orang tak sedar, kau sedar. Aku lagi la sedar. Sebab aku suka perhatikan sekeliling. haha.                  Tapi...sebenarnya aku pun sedar...kau datang kat aku sebab kau nak minta pertolongan aku. Kau nak suruh aku bantu kau. Selamatkan persahabatan kau dgn si dia yg semakin bergolak ketika tu. Aku tolong pun ikhlas. Sebab aku kesian gila kat kau..macamana dia boleh tetiba putuskan persahabatan korang macam tu je without any valid reasons.                   Aku bagi nasihat macam2 kat kau..boleh kata setiap hari jugak aku bg kata-kata semangat

ALAM MAYA VS ALAM NYATA

Image
Assalamualaikum semuaa :) Hari ni aku nak citer pasal suatu fakta, kenyataan ataupun ' assumption ' daripada observation yg aku buat. So, macam tajuk yg engkorang baca la. Dalam alam maya (social media) dan alam nyata ( real life) , adakah perangai korang sama je ke ataupun berbeza sama sekali? Ask yourself. picture tells a thousand words. K. Bila korang tengok gambar ni apa korang rasa? terasa? HAHAHA. Deep! Tapi inilah kenyataannya. Dalam dunia yang serba serbi hebat dengan teknologi ni..mewujudkan insan-insan yang lebih berani di depan keyboard berbanding real life . Sebagai contoh, kat kelas aku..ramai yang camni. Kat kelas masing-masing langsung tak bercakap (okay takde la langsung tak..cuma jarang je) , tak bertegur sapa pun, tapi bila kat twitter kemain rancaknya..dah macam best friend 10 tahun. kahkah. Tapi kenapa tak in real life? kenapa? Jangan la tanya aku kenapa. Aku pun taktahu. Ke sebab manusia sekarang ni semakin pemalu? Kurang keyakinan di

I HATE READING!

Image
SALAM UOLLSS,  Sekali lagi entri utk harini. HAHA. nampak sangat Rosnadia ni stress betul minggu lepas. Okay, kalau korang nak tau kan..aku ni bukan jenis orang yg membaca! yes, frankly speaking..i hate reading! Sebab tu kalau engkorang perasan. Nota-nota aku semua berwarna-warni. HAHA. Sebab nak timbulkan minat membaca lettew. Tapi aku sebenarnya lagi suka buat mind-map. Aku tak suka baca buku yg penuh dgn tulisan. Sebab.... boring! Maybe sebab aku kidal kot. Language aku kurang sikit, aku lebih suka benda-benda bergambar dan kreatif!. Hikss. Dan kerana itu jugalah. Rumah aku hanya dipenuhi dgn komik komik komik.  Tapi last last sem..aku terpengaruh untuk baca NOVEL MELAYU! perghh. aku pun tak caya gak. Sampai gian la kejap. asik beli novel melayu cintan-cintun tu. hikss. Tapi apakan daya benda ni tak berpanjangan. Satu je novel melayu yg aku takleh lupa sampai sekarang, aku baca waktu form 5. ANDAI ITU TAKDIRNYA. Best gilaaaaaaa! :D aku baca nanges-nanges kot. memang terba

MUKA GUA KELUAR PAPER!

Image
ASSALAMUALAIKUM kawan2~ Perghhh..tajuk entri kali ni gila berlagak! HAHA. tapi gua serius ni..mesti lu orang terkejut gak. Pada suatu hari tuu, takingat tarikh..minggu lepas rasanya. Lepas habis kelas Parasit, tetiba mama call aku. Tak penah2. Then, mama kata "nadia, budak-budak ni suruh kau beli surat khabar berita harian" aku jawab, "eh kenapa pulak? " mama balas "muka kau keluar surat khabar ni !"  OMGGGG! SERIUSSSLYYYYY. Waktu tu macam-macam aku pikir. Benda jahat apa pulak aku buat sampai keluar paper ni. Ke tweet-tweet mengarut aku yg sedih pasal MH370 tu. kah. Setelah aku dapat penjelasan semuanya, barulah aku tau..rupa-rupanya muka aku keluar paper sebab blog Paan. Cehh, aku ingatkan kenapa la tadi. Semua beriya gila. Namun begitu, tak seorang pun member aku tahu pasal benda ni. Aku bagitau jah sorang je waktu tu. Jah pun ikut beriya jugakkk. Sampai bawak aku pegi PPUM sebab nak cari surat khabar je. LOL. haha. Dipendekkan cerita, surat

TIPS BELAJAR YANG BERKESAN PART 2

Image
Assalamualaikum geng, petang tadi result sem lepas dah kuar! Hoho terus berkobar-kobar nak update blog. Saja nak share ilmu sikit. hehe. Result camana? hmmm. Alhamdulillah. Syukur sgt2. Pointer naik lepas jatuh terjunam-junam masa sem 4. Kurang 0.01 je dah nak bergelar tettttt. aishhh. haha. So, banyak lagi yg kena perbaiki ni utk sem depan. Kena ada plan, kasi cantik punya baru boleh bergelar dean's list. Sem 5 aritu aku kurang makan jajan kot, tu yg pointer naik. wakaka *sem 4 aku merosot sbb mama kata aku banyak makan jajan! LOL* Here are some tips; 1. Buat mind-map utk every topic. Cara aku belajar skrg macam ni la..so bila study boleh nampak gambaran overall utk topic tu. Lagi mudah nak ingat. Lagi satu kan..kau punya mindset mesti akan cakap "eh sikit je nak kena baca" haaaaa..psikologi ni penting tau. Serius ni! cuba la try.  Ni mind-map pharmacology masa sem 3 dulu. haha 2. Jangan stress-stress . Kalau stress , satu apa kau belajar tak masuk.

Bersyukurlah!

Image
Assalamualaikum dan selamat malam,              Emo pulak malam ni sebab tadi baru lepas tengok cerita Jepun Boku No Ita Jikan. Haha. Cuti- cuti ni takde keje lain la selain layan movie, drama. Bahagia sungguh hidup! Sebenarnya terpanggil nak tengok cerita tu sebab ada Miura Haruma je. *hensemgilabakhang* Tapi once dah baca sinopsis cerita tu, jadi lagi tertarik pulak. Cerita ni mengisahkan seorang graduan universiti yang menghidap penyakit ALS (Amyothropic Lateral Sclerosis) ataupun dikenali sebagai motor neuron disease . Penyakit ni menyebabkan hilangnya kemampuan untuk bergerak, muscle weakness , lama-lama jadi susah nak bercakap, trouble swallowing dan akhirnya terlantar di kerusi roda. Hmmm. Tapi yang lagi sedih,jangka hayat pesakit ALS ni hanyalah 3 hingga 5 tahun lepas onset of the disease . Huwaa dan masih belum ditemui lagi treatment utk penyakit ni.             Cerita ni baru 4 episode tayang kat jepun tapi tu pun dah rasa sedih. Apa yang aku boleh kata, cerita ni

Tamat Semester 5

Assalamualaikum~ Maaf dah lama tak update blog. hehe. busy memanjang sem 5 lepas. Penat dgn assignment yg menimbun dan testttt testtt testtt. fuh. Alhamdulillah habis dah final exam hari tu. Kalau nak tauu..sem lepas la aku paling banyak berjalan. berjimba-jimba. haihh happy betul. Tapi dalam happy2 tu..ada je benda sedih yg jadi. Hmm..sebab tu org tua-tua kata " jangan suka sgt...nanti nangis." Sem lepas jugaklah aku paling byk nangis aku rasa. hmmm. tapi takde yg tau pun. hahaha. malu ahh kalau org tgok kita nangis. lolzz. Time study week arituu..handphone aku rosak. Dulu masa 2nd year handphone masuk dalam laut. Haishh macam-macam hal la nadia ni. Tapi takpe la..ada hikmahnya...aku dah kurang buat benda2 lagha sekarang ni. Kalau tak..main fon 24 jam. Sekarang, fon tak charge berminggu2 pun buat dek je. HAHA. Pastuuuu..ada lagi benda paling sedih....masa ari kamis study week arituu..sebelum paper Clinical Chemistry, aku dapat tau yg nenek sakit. Sakit stroke kecil..mcm a