Posts

Showing posts from June, 2014

Buddies Takkan Terpisah

Assalamualaikum,  Lama rasanya tak update blog. Biasalah alasannya busy busy busy. Tapi kali ni aku serius. Tahun 3 Semester 2 ni sangat penat! Boleh kata setiap minggu mesti ada presentation, assignment, test. Semester 6 ni la paling mencabar. Fuhhh, letih weh..hari ni baru aku rasa boleh bernafas dengan normal. HAHA. Sebab dah habis exam! yahooooooooooo. Dalam masa yang sama, aku rasa sedih jugaklah sebab lepas ni aku dah tak duduk dengan member2 baik aku, buddies takkan terpisah. Tapi kitorang terpisah gak. Sobssss. Ceritanya cenggini, sebenarnya daripada sem lepas dah plan sesama nak duduk luar. Pastu entah macamana baru aku sedar, aku lupa nak bagitau mama pasal benda ni. So bila masanya tiba. Aku cakap kat mama boleh tak kita nak duduk rumah sewa blablabla. Mula-mula mak aku kasi walaupun sewanya mahal sikit tapi dia ingatkan aku nk duduk rumah sewa tu untuk praktikal je. Bila aku cakap aku nak duduk sampai final year, laju mama bantah! huwaaaaa Sebak, serius sebak.