Perkenalan dan Perpisahan

Assalamualaikum dan selamat malam :)


             Topik malam ni adalah perkenalan dan perpisahan. Sepanjang hidup korang, mesti korang pernah rasa dua-dua ni kan? Dalam kita sedar atau tidak, ramai orang yg datang dan pergi dari hidup kita. Dalam kita kenal-kenal dgn orang ni, ada yg masih keep in touch ada jugak yg dah jadi strangers. Ada yg dulunya rapat gila-gila tapi sekarang jadi strangers. Ada yg kita baru kenal sehari dua tapi dah rapat sangat, macam dah kenal 10 tahun. Kenapa macam tu? 

           Jawapannya semua ni takdir Allah, semua ni ketentuan Allah. Bak kata kawan yuni, setiap takdir Allah tu ada fungsi tertentu. Allah hantarkan macam-macam jenis orang dalam hidup kita bertujuan untuk mengajar kita. Semua ni rahsia Allah. Begitu hebatnya Allah merancang. Kadang-kadang kita tak expect pun kita boleh berkenalan dgn seseorang tu. Tapi dah takdir Allah kita pun kenal laa dgn orang ni. Sebenarnya bila kita berkenalan dgn orang, kita jadi kawan. Macam-macam boleh jadi. Perkenalan tersebut boleh mengubah hidup kita, kalau bukan hidup kita pun perkenalan tu boleh mengubah hidup kawan tu. 

           Aku bagi contoh laa, aku kawan dgn si A. Dia ni orangnya baik sangat, selalu bagi motivasi, selalu ingatkan aku pasal akhirat. Selalu bagi semangat kat aku. Benda ni secara tak langsung mengubah hidup aku, daripada aku ni yg jahil pasal agama, hanya sukakan duniawi sekarang jadi berubah nak lebih dekatkan diri dgn Allah. Haaa bukan orang baik je. Kadang-kadang kita kawan dgn someone. Pastu someone ni asyik menyakitkan hati kita je. Buat hidup kita sengsara. Asyik buat kita sedih. Orang yg sebegini pun hadir dalam hidup kita bertujuan mengajar kita. Jadi bila kita encounter orang-orang camni, kita jadi kuat, kita dah tak lemah, kita pandai kawal emosi. Hati kita dah jadi sado. Kita boleh survive hidup dalam dunia yg serba kejam ini. 

                  Kadang-kadang kita rasa sedih bila ada orang yg rapat dgn kita pergi dari hidup kita, tapi kita tak sedar dalam masa yg sama, Allah gantikan orang yg pergi tadi dgn orang lain yg hadir dalam hidup kita. Mungkin orang yg baru ini lagi mampu buat kita bahagia, happy berbanding orang yg hilang tu. Mungkin orang baru ni mampu buatkan kita berubah jadi insan yg lebih baik. Mungkin dia mampu buat kita lagi dekat dgn pencipta-Nya. Takde siapa tahu. Ini semua rahsia Allah. Berbaik sangkalah dgn Allah.  


                       Sebenarnya aku terpanggil nak tulis entri kali ni sebab aku baru berkenalan dgn seseorang aritu. HAHA. Perkenalan yg sangat kelakar aku rasa. Budak tu jujur sangat, mengada plus annoying sampai aku rasa nak tampo. Entah macamana, dia suruh aku add dia kat FB. Kitorg dah friend, pastu apa lagi keje akuuu. Stalk laa. HAHAHA. Bila banyak sangat aku stalk budak tu. Aku sedar something, semua first impression aku kat dia meleset sama sekali. Dia nampak jenis huha-huha tapi aku tak sangka dia ni orang baik. Baik sangat aku rasa. Selalu ingat Allah, selalu ingatkan kawan-kawan pasal kebaikan. Dan aku rasa malu at the same time, dgn post-post fb aku yg selalu merapu-rapu tu. Haihhh. Dan aku rasa aku dah jatuh cinta dgn penulisan dia, cara dia berfikir. Sangat matang. Aku kagumm! Ada satu malam tu aku sampai tersedar, aku patut berubah bila aku baca post dia. Aku rasa hidup aku dah banyak menyimpang. Yes! Terima kasih weh suruh aku add kau. Kau jadi booster aku nak berubah jadi orang lebih baik. Aku nak dekatkan diri dgn Allah. Doakan aku. :) 




Comments

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

COMMON SENSE

Rupa VS Personaliti