Rapuhnya Seorang Aku

Assalamualaikum :)

                   Hari ni rasa macam nak buat luahan. HAHA. Entah, tetiba rasa diri ini sangat rapuh hari ni. Pagi tadi handphone aku masuk air sebab basuh baju ganas sangat. Pastu mengada bawak fon sekali. Haaa padan muka! Nak dijadikan citer, bila siap basuh baju tu baru aku perasan. Camera fon aku berwap..sebab masuk air. Pastu button on/off tu pun takleh tekan. Dan disebabkan benda ni je, seharian aku tak keruan pastu sedih sendiri. Buat keje semua tak jalan. LOL. Benda kecik je padahal. Ramai lah member2 aku bagi semangat. Pastu tadi, dah okay. Button fon tu dah okay, camera pun dah okay. Alhamdulillah. K tapi lawak. KENAPA AKU MACAM NI?! 

              Aku pun taktau kenapa aku macam ni. Benda2 remeh camni selalu ganggu fikiran aku. WHY? Sebab tu mama risau sangat bila aku first time kuar dari rumah dulu. Bila aku masuk matrik. Mama risau aku tak boleh survive. Sebab aku macamni. Hmmm. Tapi alhamdulillah aku dah 4th year kat UM ni. Survive lagi. Mampu bernafas lagi. Aku dah belajar banyak benda bila aku dah masuk U ni, hati aku dah jadi sado kot. hahaha. Aku yang dulu lagi rapuh daripada aku yang sekarang. 

                Orang lain ujiannya lagi hebat daripada aku tapi bertahan lagi. Hebat sangat! Aku kagum. Tapi aku..Allah baru bagi ujian sikit je. Dah gelabah. Akulah manusia yang paling cepat down. Teringat aritu, hampir separuh slide utk FYP aku pecah! huwaaa. Aku lah manusia yang paling cepat sedih. Akulah manusia yang paling cepat terasa hati, yang paling cepat sentap. Aku lah manusia yang paling sensitif. Dan bila aku dah masuk U, aku terkejut. Kenapa semorang selfish? Kenapa diorg tak makan sama-sama? Kenapa diorg makan menghadap lappy sorang2? Kenapa diorg pergi mana-mana tak ajak member? Kenapa budaya kat matrik langsung takde kat U. Bila kat matrik, semua benda buat dengan member. Makan ramai-ramai. Gosip ramai-ramai. Pergi mana-mana semua sama2. Tapi bila aku masuk U, semua pentingkan diri sendiri. Aku taksuka. 

              Tapi benda ni yang buatkan aku jadi independent skrg. Tak bergantung pada sesiapa. Tak overly attached dengan orang. Sangat berbeza dengan aku yang dulu. Sekarang pun dah tak sensitif macam dulu. Kalau sentap pun malas layan. Bila aku masuk U, aku tak suka expose pasal diri aku kat orang, sebab aku tanak orang kenal aku. Tanak orang amek tahu privacy hidup aku. Aku tanak orang tahu apa yg aku rasa. Aku tanak orang tahu aku sedih. Sebab aku tanak rapat dengan orang. Sebab orang selalu buat aku kecewa. Sebab aku ni manusia yang senang sangat percaya org, aku pernah kena tipu hidup-hidup dengan member rapat masa 1st year dulu. Sebabkan dia sorang, aku jadi tak percaya sangat dengan orang dan aku tanak rapat dgn orang. 

               Bila aku masuk 2nd year sampai 3rd year, aku rapat dengan seseorang ni sampai byk benda aku share dengan dia tapi at the end, dia pun tinggalkan aku. Hmm. Sebab tu aku tanak rapat dengan sesiapa. Tapi bila dah 4th year ni aku rasa makin rapat pulak dengan classmates. Kitorang banyak share problem. Share citer, share rahsia, menjemah sesama. Sumpah aku suka gila. Bila dah rapat, aku cepat sayang orang. Hmmmm. Itulah masalah aku. Kenapa aku macamni?! Dulu aku pernah bercita-cita nak jadi motivator, kaunselor sebab aku rasa seronok dapat selesaikan masalah orang, lagi satu sebab aku suka baca orang. HAHA. Tapi tulah, bila diri sendiri ada problem, tak pandai langsung nak handle. 

             Takpelah, bila aku dah rapat dengan orang aku kena tanggung risiko sendiri laa untuk dikecewakan lagi, yang penting aku syukur sangat2 sebab aku dikelilingi ramai kawan yg baik sekarang. Aku happy! Diorg selalu bagi semangat kat aku, selalu ingatkan pasal akhirat. Terima kasih sahabat :) Semester ni aku rasa aku paling kurang bermasalah hati sebab aku dah berjaya let go masa lalu aku. Aku berjaya lupakan crush aku! Yihaaaa gua dah move on! Haritu pun aku berjaya selesaikan unsettled heart problem aku dengan someone ni. HAHAHA. Bila dah let go semua masalah ni kan, rasa macam lapang gila dada. Rasa ringan. Rasa seolah-olah dilahirkan semula. LOL. Lagi satu kann, bila dah let go, aku rasa byk benda positif datang dalam hidup aku. Alhamdulillah :) 

 Antara makhluk yg paling tak jemu-jemu bagi nasihat kat aku, ayuni laa. Nasihat dia semua terbaik. Seorang nadia ni memang cepat down tapi cepat jugak terkesan dengan kata-kata semangat. Entah lah, kalau orang bagi aku semangat sikit je. Terus aku rasa semangat. Pelik betul ! 

Ayuni pesan, 
Ada sebab kenapa kau rapat dgn dia sekejap. Ada sebab kenapa kau kenal orang mcmtu. For future kau tahu. Takleh percaya orang senang2 camtu je. Manusia ni unpredictable. Kalau yg jenis spesis lalang tu, dgn kita dia camni, kang dgn orang lain cantu pulak. So kita jgn la jadi lalang. Jadi la tiang. Walaupun keras, at least berguna bila org nak bersandar :)
Sebelum doa utk orang lain, kita kena doa utk diri sendiri dulu. So jgn sebuk jaga hati orang, jaga hati kita. Kita bahagia dah cukup. Tp pastikan bahagia kita tu bukan sebab kita dah tindas orang tp sbb kita dah sebar jugak bahagia tu kat orang lain. Jangan cepat percaya orang ye nadia! Jgn cepat sayang orang jugak! *baik awakkkk! tapi kita sayang awak*  

Beberapa classmates aku pulak pesan gini, 
Ros, jangan fikir sangat apa yg orang kata. Lantaklah diorg. Yang penting kau tahu apa yg kau buat. 


-----so aku rasa aku patut ubah mentaliti aku kot. Aku kena berubah. Aku tanak jadi lemah lagi. Aku kena kuat, berani ! Nadia boleh :)

Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

COMMON SENSE

Rupa VS Personaliti