Posts

Showing posts from 2015

Road to Graduation

Assalamualaikum...             Macam dah lama tak update blog. Trip to Sabah aritu pun aku tak habes citer lagi. HAHA. Tengoklah kalau rajin aku sambung, kalau malas..biarkan citer itu terkubur begitu saja. XD Nak bagitau. Hari selasa next week aku grad! alhamdulillah. Penat lelah 4 tahun, rasa susah, rasa sedih, rasa murung, banyak onak duri akhirnyaaa nak grad dah. Tak sangka aku boleh buat. Walaupun hasrat nak dapat 1st class tu tak berjaya pun, takpe this is more than enough. .syukur dapat grad dengan kawan2. Tapi lagi best kalau semua classmate dapat grad sekali.. :( takpelah Allah ada plan lagi baik untuk diorang. InshaAllah.               Disebabkan waktu grad nanti tak boleh nak bagi speech panjang2..biar aku tulis kat sini. hehe. First and foremost, syukur kehadrat Allah s.w.t atas segala perancangan, pertolongan, kemudahan dan segala ujian yg membuatkan aku jadi manusia sekarang. Terima kasih kepada mama dengan abah besarkan kita selama ni sampai masuk U, penat ca

Trip to Sabah! (Day 3)

Image
DAY 3 (8th August 2015) Lepas 2 hari berada di KK. Akhirnya, hari ketiga tak hujan! Cuaca cerah alhamdulillah. So kami boleh pergi pulau arini. :D Kitorg gerak dalam pukul 10 lebih camtu sampai ke Jesselton Point. Sebenarnya kitorang boleh pilih nak pegi satu atau 2 pulau. Tapi kitorang masing-masing decide nak pergi satu je pulau iaitu Pulau Sapi sebab katanya kat situ snorkeling best.                              Abi tengah uruskan tiket kitorg untuk ke Pulau Sapi.  Nama boat yg bakal kitorg naiki tu Island Hop Express.   sekitar jetty. cantik kan? kat jetty je dah lawa. pe citer ni. hahaa antara boat-boat yang ada kat situ.                              Dari jetty ke pulau sapi tu, amek masa dalam 15 hingga 20 minit camtu. Waktu naik boat tu rasa pening-pening (sebab aku mabuk laut kot) tapi lepas dia bawak laju-laju. Angin kuat, dah tak rasa pening, rasa seronok pulak. Yang kelakonya, kitorang naik sekali dengan satu chinese family ni..anak d

Trip to Sabah! (Day 2)

Image
DAY 2 (7th AUGUST 2015) Perkara yg buat aku jatuh cinta dengan sabah ialah waktu solat dia. bestttttt! Azan subuh pukul 4.51 pagi kot. Wow sangat. Lepas tido nyenyak malam tu, aku bangun pukul 3.45 pagi. Kagum lagi dengan diri sendiri! XD Alhamdulillah badan dah kembali normal. Dah tak sakit dah. Dah sihat terus kebulur pagi tu dan banyak cakap macam selalu. Hahaha. Dalam pukul 6 pagi macam tu hari dah cerah macam pukul 7 kat semenanjung. Hari kedua..cuaca hujan lagi kat sabah. Pagi tu kami pegi ke Masjid Terapung Sabah . Cantik sangat! Subhanallah. Kitorang sampai je, nampak ramai budak-budak pakai serban tengah cuci, kemas masjid. Alhamdulillah sejuk je mata memandang. Nanti nak suruh anak aku jadi gitu lah. Eh. Budak-budak ni pulak baru balik dari sekolah agama katanya. Hahaa. Comel gilaa. Kalau sekolah agama aku dulu sampin kaler hijau ni utk ketua darjah je. Haih rindu pulak zaman sekolah. Pastuuuu...kami ke bengkel kereta sebab tayar bocor! Hahahaha. M

Trip to Sabah! (Day 1)

Image
Assalamualaikum semuaaa :)  Maaf lama menyepi. Rosnadia hidup lagi jgn risau. Hahaha. Cuma nak lebih hidup di real life berbanding virtual life . So arini aku nak kongsi sikit lah pengalaman bercuti bersama girlfriends yg tersayang di Sabah aritu. Chewah bajet hot nak berkongsi bagai. hahaha DAY 1 (6th AUGUST 2015) Malam before bertolak pegi sabah, aku muntah-muntah teruk. Hahaha apebenda ntah yg aku makan sampai jadi begitu sekali. Spoil mood bercuti betul. Paling tak best, hari nak bertolak tu pun sakit-sakit lagi. Haih payah betul org yg byk penyakit ni. Tapi syukur Alhamdulillah ada bidadari-bidadari syurga yg tolong jaga. Baiknyaaaaa depa. Terutamanya fatin sharin yg sanggup kutip (baca = curi ) plastic muntah dalam flight utk kita. Muahaha. Flight pukul 11.30 pagi dan kami sampai sabah lebih kurang pukul 2 macam tu. Sampai di bumi sabah...hujan lebat! So tentative hari pertama terpaksa ditunda ke hari lain. Sampai je kat sabah, kitorang disambut oleh Abi dan

Jodoh VS Mati

Assalamualaikum dan salam ramadhan...           Seringkali kita dengar orang berbicara soal jodoh lagi banyak berbanding mati. Sikit-sikit cakap pasal kahwin, jodoh, suka orang ini, suka orang itu, crush ke mamat ni, crush ke minah tu. Kalau bersembang topik jodoh, kencang betul, tapi bila berbicara tentang mati..krik krik krik. Itulah manusia yg sukakan perkara indah-indah, kahwin sapa tanak kan? kalau cakap pasal mati. diam seribu bahasa. takut. itulah manusia termasuklah orang yg sedang menaip ni pun. huhuhu.             23 tahun. Ramai kawan-kawan aku yg telah mendirikan rumahtangga. Bukan setakat dirikan rumahtangga je. Ramai jugak yg dah ada anak. Tidak ketinggalan mereka-mereka yg dah bertunang. Asal scroll fb je frust . Ada satu masa tu musim kahwin. Maigod penuh newsfeed gambar kawan kahwin. Kita hanya mampu like jelah. HAHA. Tahniah kepada kawan-kawan yg cepat bertemu jodoh. Aku? Jodoh tengah on the way , sesat kot kat memana. Takpun saja nak main cak-cak dgn aku

Soalan Cepumas Waktu Raya

Image
Assalamualaikum :) Alhamdulillah dah lebih pertengahan ramadhan. Alhamdulillah seorang nadia ni hidup lagi. Alhamdulillah hati ini masih berfungsi lagi walaupun sudah berkali-kali diremuk, dipijak, dan dipatah-patahkan. Alhamdulillah aku makin tenang sekarang. Segala puji-pujian dan syukur kepada Allah. :) Sejak duduk rumah ni makin byk makan. Bahagia mungkin sbb ramai yg sayang. HAHA. Suka sangat bagi intro mengarut-ngarut, kenapa laa tak straight to the point je? Sukati aku lah! Blog aku. Lagipun sebab aku perempuan. XD  Okay back to the title ..jeng jeng jeng..engkorang dah ready ke belum?  Bawah ni antara soalan-soalan yg aku kompem makcik-makcik dgn pakcik-pakcik mahupun sedara mara korg akan tanya time raya nanti... " eh besar dah ......(isi nama korg), study kat mana sekarang? "           kalau korg dah abes belajar pulak macam aku..soalan dia jadi lain..             " ohh dah abes belajar ke? bulan bape grad? keje apa tu nanti? dah mohon ke

Nukilan Seorang Pendosa

Assalamualaikum dan salam ramadhan~ Entry kali ni hanyalah sekadar luahan hati ini. Hati seorang pendosa. Pendosa yang mungkin selama ni tidak sedar dirinya banyak berbuat dosa dan mengulangi dosa yg sama. Astaghfirullahalazim. Sebenarnya 3 hari lepas aku baru menerima satu teguran daripada seorang hamba Allah. Aku berterima kasih sangat-sangat kat dia sebab bertindak sangat berani memberitahu segala tingkah laku seorang nadia yang sememangnya salah, dosa dan tidak menyenangkan hati. Astaghfirullah :( Semoga ALLAH beri syurga dan kebahagiaan kepada dia. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yg rapuh imannya, bukan manusia yg baik, manusia yg bergelumang dengan dosa. Aku tersentak masa dia bagitau perkara tu. Speechless . Sentap. Terkejut. Bercampur baur perasaan waktu tu. Sesungguhnya aku manusia yg mudah lalai, alpa dan selalu tak sedar kesilapan diri ini dan hanya mengejar keseronokan dunia. Bila org tegur baru tersedar. Astaghfirullah dosa sungguh. Moga Allah ampunkan. :(  M

Salam Ramadhan 2015

Image
Ni azam aku setiap tahun. Tanak tido lepas subuh. Kadang2 berjaya tapi selalunya kelaut laa. Hahaha. Semoga Ramadhan kali ni menjadi titik perubahan untuk istiqamah tanak tido lepas subuh! aamin. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga ramadhan kali ni lebih bermakna dan lebih baik daripada sebelum2 ni. Ayuh kita kumpul pahala banyak2. Sekarang ni tengah final exam . Tinggal satu paper lagi. So, sebab penat study, kita pun update blog . Tanak tulis panjang2 entri kali ni, nanti lepas habes exam baru tulis banyak2. Kbai semuaaaa. :D P/S: finally , entri kali ni tak sendu dan penuh dgn emosi. XD

broken hearted

Image
Assalamualaikum.. Lately ni asik rasa sedih je. hahaha. Emosi tak stabil. K bukan takat sedih jelah siap nanges bagai lagi. Over betul. Nak buat cemana seorang nadia ni mmg dilahirkan sbg manusia yang over dan annoying . Ramai yg ckp camtu. hmm. Malam tadi nanges buat keberapa kalinya utk sem ni. Sem yg penuh dengan tangisan. Tapi kali ni bukan tangisan meratapi nasib. Tapi tangisan untuk seorang sahabat. Sampai tak boleh tido. Orang lain punya masalah tapi kau pulak yg over lebih. Pehal? hahaha. Sbb aku mmg camni. XD Entahlah mungkin sbb aku pernah suatu ketika dulu rapat dgn dia. Aku dah masak sangat dgn perangai dia. Dia bukan jenis org yg suka luahkan masalah. Maksudnya kalau dia luahkan tu..dah tahap kritikal. Sepanjang aku kenal dgn dia, dia selalu pikirkan pasal org lain lebih dari diri sendiri. Dia terlalu baik. antara manusia paling baik aku pernah jumpa. Sbb tu aku sayang sangat2 kat dia walaupun aku tak tunjuk.  Instinct aku tak pernah salah. Sebenarnya dah lama

Tears of Sadness

Assalamualaikum.. People write because no one listens. When life gets hard, I just have to write to make me feel better.  Nak dekat habes sem ni..macam-macam pulak konflik timbul. Aku sedih. Aku khilaf sebab dah buat orang terasa hati dengan perbuatan aku. Kadang-kadang aku tak sedar pun salah aku, sampailah ada orang tegur. Sebenarnya aku suka sangat kalau org tegur salah aku. Baru lah aku tau mana silap aku, aku boleh improve mana yg patut. Sebabkan aku rasa aku dah matang, aku minta maaf personally kat org tersebut. Aku wassap dia. Seriously , aku tak pernah rasa takut nak minta maaf kalau memang salah aku. Dan sebenarnya aku adalah orang yg jujur. Sebabkan kejujuran aku tulah dengan beraninya aku bagitau segala benda yg org tu buat yg aku taksuka. aku tak selesa. Hati aku rasa lapang sebab tak simpan dah apa yg aku rasa. Aku takpernah bencikan dia. Cuma aku bencikan certain2 perkara dia buat. Thats all. Aku bagitau semua. Berani betul aku. Entah..pada pendapat aku, biarlah

Kesepian

Image
Assalamualaikum :)                     Macam dah lama tak update blog sebab bizi fyp konon-konon. Alhamdulillah last week dah submit thesis ! Yihaaaa. Tapi lepas tu..takde hala tuju hidup dah. Setiap hari aku pikir nak buat apa sebab bosan sangat. Haih. Oh sebabkan free sangat kan. Aku ada hobi baru! Aku pun bangga jugaklah dengan diri sendiri. Sekarang aku suka baca bukuuuu. Maigod. Kat rak ni penuh dah buku-buku aku beli dan kebanyakannya aku dah baca. Alhamdulillah rasa seronok. Selama ni taksuka baca buku sbb dok terbayang novel-novel cinta yg org suka baca tu. Pastu aku generalized kan yg sume buku macam tu. Pasal benda-benda khayalan. HAHA. Tapi buku-buku yg aku baru beli ni semua lain. Dan aku tak penah tau pun wujud buku-buku macam ni. besttttt! ayat dia sempoi je. tak bunga-bunga sangat. Bagi banyak kesedaran laa pasal agama, pasal diri kita. Matang dah nadia skrg. perghh. hahahaha. Dah tak bazir duit beli komik macam dulu.                    Sebenarnya nak citer, ar

Aku Rindu

RINDU. Bunyi simple tapi benda paling susah nak ungkapkan.  Pernah tak kau rasa rindu dengan orang yg hari-hari kau jumpa? Itulah yg aku rasa hari-hari. Bila aku masuk kelas. Bila aku nampak dia.  Dah ada depan mata, nak rindu jadahnya? Aku rindu.. Nak borak dengan kau macam dulu. Nak ada conversation deep-deep macam dulu. Nak cakap je apa yang aku rasa tanpa pikir.  Serius rindu.  Aku rindu.. Nak dengar segala kisah-kisah kau.  Pasal anak sedara kau.  Pasal kawan-kawan kau. Pasal semua tentang kau.  Sekarang aku rasa macam taktau langsung pasal kau.  Walaupun aku kata aku dah move on , tapi hakikatnya belum.  Aku punya takleh move on dengan kau ni kalah org putus cinta. Nampak macam aku dah tak kesah, tapi hakikatnya aku kesah.  Aku perasan raut wajah kau sedih je sejak akhir-akhir ni. Kau ada masalah ke? :(  Aku ni manusia yg paling susah nak luahkan perasaan. Arghh, takkan tetiba nak ckp aku rindu kau? Padahal hampir setiap ha

Aku nak apa sebenarnya?

Assalamualaikum and hai :)                  Masuk semester baru, soalan pertama lecturer bagi adalah... "WHAT DO YOU THINK YOU WILL BE DOING 10 YEARS FROM NOW?"  Dangggggg...pikir punya pikir baru gua tahu. Gua takde impian. Tak plan masa depan langsung. Jadi bila tiba turn aku..dengan yakinnya aku jawab  "I am planning to be a writer..write books to inspire people. Married with 3 children." KAHKAH. Bila ditanya soal sambung belajar, yakin lagi aku menjawab,  "I am not sure." Padahal dalam hati, aku tanak sambung! Sembang kencang kau nadia. Konon nak jadi penulis. Konon dah kahwin,siap ada 3 anak. Sekarang ni bayang-bayang calon pun tak nampak lagi. Hahaha.                    Okay, kali ni serius sikit. Tak payah pegi jauh-jauh laa sampai 10 tahun ke depan. Lepas grad ni apa aku nak buat? Honestly , aku taktau. Yang aku tahu mama dengan abah suruh aku keje. Aku pun memang takde niat nak sambung master sebab dah penat belajar. Aku nak cari du

Sepatutnya Cuti Sem

Image
Assalamualaikum semuaa :)                    Lama gila tak update blog. Bajet-bajet bizi laa ni. HAHA. Sepatutnya sekarang ni cuti sem, sepatutnya lah tapi aku bertapa lagi kat UM ni haa siapkan FYP yang taktau la bila nak siapnya. Rindu gila kat umah, family semuaa sampai demam-demam, selesema ni haa. Sobssss. Takpe jumaat ni nak balik Johor dah! yayyyy. Oh nak citer ni, aritu result 4th year sem 1 aku dah keluar. Alhamdulillah lulus semua. Tapi pointer aku..kahkahkah. Jatuh terjunam-junam hoii. Sebab aku banyak main ni sem lepas, kuat pegi mamak, hmm kuat menjemah, malas study , dan semakin bersosial dgn orang2 kot. hahahah. Tapi bila bagitau mama, mama watlek watpeace je. Mama kata oh takpelaa, okay la tuu. HAHAHA. Mama selalu macam tuu. Semua benda dia okay. Tapi bila mama kata okay, aku lega laa sebab satu-satunya insan yg aku nak impress kan dengan result aku kat dunia ni, mama sorang je dan keluarga aku ofkos.                 Ingat lagi dulu, masa kat matrik semester