Kesepian

Assalamualaikum :)

                    Macam dah lama tak update blog sebab bizi fyp konon-konon. Alhamdulillah last week dah submit thesis! Yihaaaa. Tapi lepas tu..takde hala tuju hidup dah. Setiap hari aku pikir nak buat apa sebab bosan sangat. Haih. Oh sebabkan free sangat kan. Aku ada hobi baru! Aku pun bangga jugaklah dengan diri sendiri. Sekarang aku suka baca bukuuuu. Maigod. Kat rak ni penuh dah buku-buku aku beli dan kebanyakannya aku dah baca. Alhamdulillah rasa seronok. Selama ni taksuka baca buku sbb dok terbayang novel-novel cinta yg org suka baca tu. Pastu aku generalizedkan yg sume buku macam tu. Pasal benda-benda khayalan. HAHA. Tapi buku-buku yg aku baru beli ni semua lain. Dan aku tak penah tau pun wujud buku-buku macam ni. besttttt! ayat dia sempoi je. tak bunga-bunga sangat. Bagi banyak kesedaran laa pasal agama, pasal diri kita. Matang dah nadia skrg. perghh. hahahaha. Dah tak bazir duit beli komik macam dulu. 

                  Sebenarnya nak citer, arini aku rasa sepi sangat. Sebab dua2 rumet balik rumah. Sobs. Tak penah rasa sunyi gila camni. Pastu aku sedih sebab masa dah tinggal sikit. Nanti lepas habes belajar mesti aku lagi sepi sebab makhluk2 yg ada bersama aku selama 4 tahun ni dah takde. Pasni susah dah nak jumpa. Honestly speaking, aku bencikan perpisahan. Aku sangat benci. Aku taktau hidup aku camana lepas ni tanpa diorg. Walaupun kadang2 ada perangai2 yg annoying, gedik, banyak drama, kuat gaduh tapi nanti dah abes belajar mesti aku rindu diorg sume. Aku paling sedih bila dah nak abes ni..masih lagi ada drama kat kelas. Haih, sampai bila nak macam ni. Bonding makin tak kuat. Sedih betul. Aku pun baru je nak rasa rapat dgn classmate sem lepas. Pastu sedih sendiri...kenapalah aku sia-siakan 3 tahun aku dulu macam tu je. Tak kenal classmate. huhuhuhu. 

                    *aku taip entri ni sambil nanges* kahkah drama pulak rasa. Nanti tanak lost contact lepas habes belajar. Kalau boleh nak grad sama2! Aaminnnnn. Huwaaaa sedih. Aku makin sayang kat semua classmate aku! Kali ni betul2 ikhlas. Sebab aku dah kenal diorg. Tanak compare dah dgn zaman matrik. Ofkos lain, tapi depa lah pelengkap hidup aku kat UM ni. Depa special. Nanti dah keje, mesti tak jumpa dah org2 baik macam ni. :( :( Orang selalu ingat aku tak bahagia kat UM ni sebab makin kurus. Kalau dulu yelah kot, masa baru2 first year, second year, itu sebab stress dan makanan dia tak kena selera aku. Tapi alhamdulillah skrg aku makin bahagia, makin happy. Cuma tak banyak makan je. Doakan aku gemuk satu hari nanti! 

                    Dah la. Sayu sangat entri kali ni. Macam tak sanggup nak teruskan. Oh konon-konon aku nak buat video utk classmate, tapi macam takde hati pulak dah. Sebab nanti buat-buat pastu aku sedih sendiri. hahahaha. Kenapalah aku dilahirkan sebagai manusia yg penuh dgn emosi? XD Ayuh kita nikmati moment-moment indah di UM ini sebelum ia berakhir! Tanak counting days lagi bape ari nak abes, nanti sedihhhhh :( kbaiii


p/s: Baca entri kali ni sambil dgr lagu ippo hafiz- hujan sepi ni. confirm korg nanges jugak. sobs. 




Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

Rupa VS Personaliti

COMMON SENSE