Tears of Sadness

Assalamualaikum..

People write because no one listens. When life gets hard, I just have to write to make me feel better. 

Nak dekat habes sem ni..macam-macam pulak konflik timbul. Aku sedih. Aku khilaf sebab dah buat orang terasa hati dengan perbuatan aku. Kadang-kadang aku tak sedar pun salah aku, sampailah ada orang tegur. Sebenarnya aku suka sangat kalau org tegur salah aku. Baru lah aku tau mana silap aku, aku boleh improve mana yg patut. Sebabkan aku rasa aku dah matang, aku minta maaf personally kat org tersebut. Aku wassap dia. Seriously, aku tak pernah rasa takut nak minta maaf kalau memang salah aku. Dan sebenarnya aku adalah orang yg jujur. Sebabkan kejujuran aku tulah dengan beraninya aku bagitau segala benda yg org tu buat yg aku taksuka. aku tak selesa. Hati aku rasa lapang sebab tak simpan dah apa yg aku rasa. Aku takpernah bencikan dia. Cuma aku bencikan certain2 perkara dia buat. Thats all. Aku bagitau semua. Berani betul aku. Entah..pada pendapat aku, biarlah dia tahu apa yg aku rasa. Mana yg boleh ubah, ubahlah. Aku tegur privately dan aku rasa itu tak salah. 

Tapi reply wassap yg aku dapat daripada dia..sangat meruntun jiwa. HAHAHA. Tak cukup dengan tu, dia update status pulak. Bagitau satu dunia. Haa bagitau lah. Aku sedih sangat sampai air mata gadis aku ni jatuh tak henti-henti. Sayu betul aku rasa hari tu. Rasa down. Tapi macam biasalah dengan kehebatan lakonan aku. Dua-dua rumet aku taktau langsung aku sedih, taktau langsung pasal isu tu dan taktau langsung aku menangis waktu tu. Pandai aku sorok. Aku paling benci orang nampak aku menangis dan nampak aku yg lemah. Depan orang kita kena cool, cover macho. Konsep tulah aku cuba amalkan kat U ni. Walaupun sebenarnya hati aku hancur berkecai. Hmmm. Ada sorg member rapat aku..dialah yg pujuk aku. Aku citer semua kat dia. 

Dia kata gini kat aku...

You know you did something right. 
And I respect you for being brave spoken out what you felt. 

Makin teruk aku nanges. Entah, sedih pulak ayat dia. Hmmm. Takpelah. Aku try move on ni. Aku try. Tanak nanges lagi dah. Kena kuat sikit! Mungkin ini pengajaran utk aku. Perbaiki diri lagi. Jaga hati org baik-baik lepas ni. Aku tanak masuk campur hal dia dah lepas ni. Tanak amek tahu dah pasal dia. Tanak mengata bukan2. Tanak berburuk sangka. Biarlah. Im done. Semoga Allah berikan dia hidayah utk berubah jadi insan lebih baik, isteri yg solehah. Moga dia bahagia selamanya. :)




Comments

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

COMMON SENSE

Rupa VS Personaliti