Nukilan Seorang Pendosa

Assalamualaikum dan salam ramadhan~

Entry kali ni hanyalah sekadar luahan hati ini. Hati seorang pendosa. Pendosa yang mungkin selama ni tidak sedar dirinya banyak berbuat dosa dan mengulangi dosa yg sama. Astaghfirullahalazim. Sebenarnya 3 hari lepas aku baru menerima satu teguran daripada seorang hamba Allah. Aku berterima kasih sangat-sangat kat dia sebab bertindak sangat berani memberitahu segala tingkah laku seorang nadia yang sememangnya salah, dosa dan tidak menyenangkan hati. Astaghfirullah :( Semoga ALLAH beri syurga dan kebahagiaan kepada dia. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yg rapuh imannya, bukan manusia yg baik, manusia yg bergelumang dengan dosa. Aku tersentak masa dia bagitau perkara tu. Speechless. Sentap. Terkejut. Bercampur baur perasaan waktu tu. Sesungguhnya aku manusia yg mudah lalai, alpa dan selalu tak sedar kesilapan diri ini dan hanya mengejar keseronokan dunia. Bila org tegur baru tersedar. Astaghfirullah dosa sungguh. Moga Allah ampunkan. :(  Mungkin ini karma terhadap perbuatan dan kesilapan aku selama ni. Mengumpat org sana sini, bergosip, menyakitkan hati org, dan pelbagai aib lain yg tidak mampu aku senaraikan. 

Sesungguhnya aku manusia yg sangat berdosa ya Allah. Sejak aku baca buku-buku agama macam Tarbiah sentap, momento, dll memang aku terdetik untuk berubah dan alhamdulillah ada maksiat yg aku lakukan dulu..tapi dah tinggalkan. Namun begitu, tidak cukup sekadar bahan bacaan utk membuat aku sedar. Kali ni..bila mana kawan kau sendiri tegur kau. Lagi menusuk terus ke jantung. Kenapalah aku ni tak peka/ alert dengan benda2 sebegitu? Allahuuuu :( Maafkan aku yg sering khilaf ini. Aku anggap ini semua teguran dari Allah supaya aku berubah total menjadi manusia baik dan meninggalkan segala maksiat yg aku lakukan selama ini. Malam tu, lepas peristiwa teguran tu..aku tak boleh tido. Hati aku berat, rasa terbeban dengan dosa yg tinggi menggunung. Aku resah. Aku takut dan malu dengan Allah. Disebabkan tu jugaklah sebenarnya dah 3 hari ni aku tido tak lena, tak selera makan sebab mengenangkan dosa-dosa aku. :( Belajar aritu pun tak tenteram. Ya Allah moga luluslah paper QC aritu. Aku sendiri taktau apa yg aku jawab. Hati aku berkecamuk. 

Alhamdulillah pada hari jumaat yg mulia ini. Hati aku sedikit tenang dan aku sentiasa berdoa semoga Allah ampunkan dosa aku. Aku nak tinggalkan segala maksiat dan dosa yg aku lakukan. Doakan aku kuat! Doakan aku istiqamah dengan segala perubahan. Terima kasih kepada insan-insan yg sentiasa menyokong diri ini. Sentiasa menerima baik buruk diri ini. Sentiasa memberikan kepercayaan kepada diri ini. Sentiasa mendengar setiap rintihan hati ini. :( :( :( Sempena bulan ramadhan yg mulia ini, aku nak mulakan hidup baru, pemikiran baru, hati yg baru. Aku nak kurangkan aktiviti laman sosial aku. Aku nak mencari ketenangan dan yg paling penting aku nak mencari cinta ALLAH! 

Aku nak kongsikan hasil tulisan seorang sahabat aku..yg mana ayatnya sangat kena dengan jiwa ini...

Bila mana sampai satu masa, kita rasa takde org yg kita boleh percaya dalam dunia, bila kita down, takde org boleh tenangkan kita, bila kita susah, takde org nak tolong. Bila rasa sendiri itu menyapa, ingatlah, Tuhan itu sentiasa ada utk kamu. Saat jiwa memberontak menangis kesakitan, ketahuilah hanya ditikar sejadah ubat utk kesakitan nurani itu. 
Manusia itu,
Datang dan pergi.
Tapi Dia.
Tetap disitu menanti rayuan dan tangisan hamba-Nya merindukan-Nya. 
Sedangkan kita terus terleka dengan arus duniawi dan manusia sekitar, sehingga satu masa bila semuanya tiada, baru kita sedar, ya aku punya Tuhan yg sentiasa ada saat susah dan senang. 
Kerana Allah jadikan manusia itu sama. Punya hati yg boleh dibolak-balikkan. Punya pendirian yg tidak tetap. Mungkin hari ini dia di sisi, tp esok mungkin dia akan pergi utk yg lain. Itulah manusia. Bila mana kau lemah terduduk sendiri, Saat itu kau mula terfikir, Dimana letaknya Dia dalam hati saat kau senang. Sedangkan saat kau susah, Dia itu yg pertama engkau cari merintih mengenang nasib.
Allah. Duhai manusia. Jangan terus alpa dengan duniawi. Dengan manusia yg penuh hipokrit.  
Tuhan itu perlu sentiasa di hati.
Saat susah mahupun senang.
Bukan dikala susah dicari,
Dikala senang dibiar pergi. 
Letakkan dunia itu digenggamanmu, akhirat itu dihati. Kau akan sedar siapa yg patut diutamakan, siapa yg patut diletak tepi. 

Hati ini rasa sebak sangat masa baca post sahabat ni. Dia macam tahu2 je kita tengah sedih. Akhirnya, Allah berikan kesedaran dalam diri ini. Syukur ya ALLAH. Ternyata Allah masing sayangkan seorang nadia ini. Walaupun byk persoalan yg selalu terdetik di hati ini..wujud ke makhluk di dunia ini yg benar-benar menyayangi aku? Takde ke makhluk kat dunia yg betul-betul ikhlas berkawan dgn kita tanpa mengharap apa-apa balasan? Disitu lah silap aku yg terlalu meletakkan harapan yg tinggi terhadap manusia. Silap aku. Pengharapan seharusnya diletakkan hanya kepada-Nya. Pasti kita takkan hampa dan bersedih. Finally, aku sedar akan hakikat itu. Aku sudah penat, letih mengejar cinta manusia. Letih hidup dalam expectation orang. Aku nak bina hidup baru. Mencari cinta Allah pula. Dah 4 tahun berlalu, aku bakal meninggalkan bumi Universiti Malaya ini senin depan. Jauh dari lubuk hati ini, aku sedih sangat-sangat nak berpisah tp depa macam tak sedih je. aku sangat ikhlas bersahabat dengan classmates aku. Yang aku gelarkan sahabat walaupun aku tau..aku ni hanyalah sekadar kawan yg tiada nilai di mata mereka. Aku tetapkan akan sayangkan mereka walaupun aku tahu rasa sayang mereka tak sebesar rasa sayang aku. :( Terima kasih ya ALLAH kerana hadirkan manusia-manusia baik ini dalam hidup aku walaupun hanya untuk seketika. Semoga diri ini menjadi manusia yg lebih baik. Berikanlah kebahagiaan dan kejayaan kepada semua sahabatku ya Allah kerana aku sayangkan mereka lillahi taala. :)

Akhir kata, doakan yg terbaik utk aku. Doakan aku jadi manusia baik dan beriman. Doakan aku kuat. Maaf segala salah silap diri ini sama ada sengaja atau tidak sengaja. Maafkan diri ini yg terlalu annoying, over dan gedik dan banyak bercakap sehingga membuat org benci dan tidak senang. Maafkan aku yg berdosa ini.....


P/S: maaf entry terpanjang. jgn rindukan aku yg dulu kerana aku yg dulu telah mati. 


Comments

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

Rupa VS Personaliti

COMMON SENSE