Soalan Cepumas Waktu Raya

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah dah lebih pertengahan ramadhan. Alhamdulillah seorang nadia ni hidup lagi. Alhamdulillah hati ini masih berfungsi lagi walaupun sudah berkali-kali diremuk, dipijak, dan dipatah-patahkan. Alhamdulillah aku makin tenang sekarang. Segala puji-pujian dan syukur kepada Allah. :) Sejak duduk rumah ni makin byk makan. Bahagia mungkin sbb ramai yg sayang. HAHA. Suka sangat bagi intro mengarut-ngarut, kenapa laa tak straight to the point je? Sukati aku lah! Blog aku. Lagipun sebab aku perempuan. XD 

Okay back to the title..jeng jeng jeng..engkorang dah ready ke belum? 

Bawah ni antara soalan-soalan yg aku kompem makcik-makcik dgn pakcik-pakcik mahupun sedara mara korg akan tanya time raya nanti...


"eh besar dah ......(isi nama korg), study kat mana sekarang?"
          kalau korg dah abes belajar pulak macam aku..soalan dia jadi lain..

          "ohh dah abes belajar ke? bulan bape grad? keje apa tu nanti? dah mohon keje dah?"

          tapi soalan paling win setiap tahun...

          "........(isi nama korg lagi), dah ada kawan ke belum?" bila nak bawak jumpa nenek. EH (soalan ni utk aku je. XD)

          satg bila kau dah keje..soalan dia camni pulak..

          "wah keje apa skrg? berapa gaji sebulan?" 

          bila kau dah berumur dan kawan-kawan kau ramai dah kawen...soalan dia jadi camni pulak..

          "dah ada calon ke belum? bila nak kawen?"

          bila kau dah kawen pulak...ditanyanya gini

          "dah ada isi ke belum? bila nak dapat anak?" 



okay dah! gua penat. soalan makcik pakcik ni memang takde penghujungnya. mulut orang memang kita takleh tutup. so tiap tahun kau mesti akan ditanya jugaklah. tak mungkin terlepas. haih. kenapalah depa sibuk sangat nak tahu kan? busybody sungguh. hahaha. So utk aku yg baru sangat2 habes belajar ni..fuhh, mesti bertubi-tubi soalan kena lempar satg. arghhh. takpe. keep calm. walaupun hari2 sebenarnya mama tanya aku nak keje apa? huuuuuu. Yang penting kau kena percaya, rezeki Allah tu luas. InshaAllah. Allah dah tetapkan segala yg terbaik utk hamba-Nya! Have faith. Tapi janganlah kau duduk rumah goyang kaki je. Kena usaha! Sentiasa doa dan tawakal. Ingat Allah sebaik-baik perancang. Kalau kau dah plan nak buat ini itu, tapi semua tak jadi. Jangan risau Allah ada plan lagi baik utk kau. Sabar! Percaya! 



 gua dah pikir jawapan utk soalan2 kat atas. so bila makcik2 tanya.. aku sengih, dan hanya mampu berhuhuhuhu. k sorry hambar! XD

 Kbai. Doakan aku makin gemuk, ceria, tenang dan bahagia ye. Mekasih :) InshaAllah umur panjang kita jumpa lagi entry akan datang! (chewah bajet retis :p)

Comments

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda disini. thanks. :)

Popular posts from this blog

Matrikulasi VS Asasi

COMMON SENSE

Rupa VS Personaliti