Posts

Showing posts from January, 2016

Matrikulasi VS Asasi

Image
Assalamualaikum :) Entry kali ni aku tujukan khas untuk adik-adik yang baru abes SPM. Satgi kalau result keluar, mesti korang dilema nak pilih matrikulasi ke asasi. Meh aku tolong serabutkan kepala korang. HAHAHA. Aku lepasan SPM batch 2009. So abes SPM memang blur taktau nak masuk matrik ke asasi. Nak dijadikan citer, disebabkan result aku gilang gemilang (astaghfirullahalazim tak baik riak XD) aku dapat dua-dua tawaran matrik dengan asasi. Yang kelakarnya..aku dapat KMNS which is matrik yang langsung takde dalam senarai aku mohon. Result UPU pulak keluar, aku ditawarkan Asasi Sains Hayat UNIMAS ( first choice aku!). Abah marah time tu sebab aku mohon UPU tu ikut sukahati aku je. Aku tak bagitau parents aku. Yang paling dia bengang sebab second choice aku letak Asasi Sains Hayat UM. Depa pun bising, kalau tak mesti dah dapat UM. HAHAHA aku rasa from the beginning lagi memang aku tanak asasi kot.  Nak tanak aku terpaksa pergi matrik jugak, sebab mama dengan abah memang

EH dah 2016?

Image
Assalamualaikum semuaaa :) Long time no see . Kenapa dah lama tak update ? (ada anonymous tanya). Maaf lama menyepikan diri. Aku busy sikit sejak grad aritu. Ada banyak komitmen. Almost every week ada event nak kena attend . Kawan kahwinlah, akak aku tunanglah, itulah inilah. HAHAHA. So tak sempat nak update. Ada lagi satu sebab, kalau korang perasan, aku banyak update blog kalau aku tengah sedih. Sebab tu entry dulu-dulu semuanya sendu dan beremosi. XD Selalunya kalau aku tengah sedih, mencurah-curah idea aku nak menulis. Semuanya lahir dari hati yang suci murni. Bila kita tengah sedih, tulisannya nampak lebih jujur, polos dan tulus. Tak gitu? HAHAHA. So point nya kat sini, sekarang aku tengah happy sebab tu dah kurang menulis.  Lately banyak pulak anonymous komen kat blog ni. So i was like ..errr ingatkan takde orang baca blog aku. Sebab tu aku selesa kat sini. Tapi rupa-rupanya ada orang sedar kewujudan aku. kahkahkah! Dah la header macam budak-budak, gambar kart